Solat sunat atau ‘nawafil’ adalah solat-solat selain daripada yang telah difardhukan. Amalan sunat dilakukan bertujuan menampung (melengkapi) sebarang kekurangan dalam amalan fardhu. Memperbanyakkan solat sunat juga dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT, disamping mengharapkan pahala dan Keredhaan-Nya.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya, jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan berbahagialah ia. Dan jika solatnya rosak (tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah berfirman: “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat yang dapat menampung solat fardunya?”Demikianlah keadaan semua amalnya yang lain dihisab.” (HR At-Tirmizi r.a.)
1. Solat Sunat Subuh
Solat sunat sebelum Subuh- merupakan solat sunat yang paling banyak pahalanya dibandingkan solat sunat lainnya. Rasulullah SAW mengistimewakannya dengan pahala yang begitu besar, dengan gambaran yang benar-benar menarikperhatian.
Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A., beliau berkata:
"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh"
(HR Al-Bukhari)
Fadhilat Solat Sunat Subuh
"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".
Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:
"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."
Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.
Waktu Solat Sunat Subuh
Waktu untuk melakukan solat sunat Subuh ialah selepas masuk waktu Subuh, sebelum menunaikan solat fardhu Subuh. Jika dilakukan sebelum Subuh, ia tidak dikira solat sunat Fajar.
Kata Ibn Abdil Barr: "Tidak ada perselisihan daripada amalan baginda SAW, bahawa apabila fajar mula kelihatan, baginda bersolat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh".
Cara Solat Sunat Subuh
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai
rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah
hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan
solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu
Hurairah pernah berkata: “Rasulullah
SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga
hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah
masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas
tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap
tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir
adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan
juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah
mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh
Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh
baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua
rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai
anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat
solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu
petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
Fadhilat Solat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
- Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
- Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)
- Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).
Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu
matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah
dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal
melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi
segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
Cara Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1. Niatnya:
2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/ Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/ As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/ Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/ Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/ Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
3. Solat Sunat Israq
Fadhilat Solat Sunat Israq
.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
“Sesiapa
solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga
naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq).
Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna,
sempurna, sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.)
.
Betapa besarnya keutamaan duduk/menetap
di tempat solat sesudah Solat Fardhu Subuh berjemaah untuk berzikir
kepada Allah SWT sehingga matahari terbit, kemudian itu melakukan solat
dua rakaat, sebagaimana ditunjukkan pada hadis agung di atas yang
terdapat dalam kitab ‘Tuhfatul ahwadzi’ dan ‘at-Targhib wat tarhib’.
.
.
Keterangan Hadis
- Dalam kitab ‘Bughyatul Mutathawwi’
mencatatkan solat dua rakaat ini sebagai Solat Isyraq (terbitnya
matahari) oleh Ibnu Abbas yang waktunya di awal waktu (sebelum) solat
dhuha..
- Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’ “… sampai matahari terbit“.
diistilah sebagai sehingga matahari terbit dan agak naik setinggi satu
tombak. Manakala Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam “asy-Syarhul mumti’” menyatakan masanya sekitar 12-15 minit selepas matahari terbit kerana Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam melarang melakukan solat ketika matahari terbit, terbenam dan ketika tegak di tengah-tengah langit. (HR Muslim).
- Keutamaan dalam hadis ini lebih dikuatkan dengan perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri, dari Jabir bin Samurah radhiyallahu anhu: “Bahawa
Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam jika selesai melakukan solat
subuh, beliau duduk (berzikir) di tempat beliau solat sampai matahari
terbit dan meninggi.” (HR Muslim dan at-Tirmidzi).
- Keutamaan dalam hadis ini adalah bagi
orang yang berzikir kepada Allah SWT di masjid tempat dia bersolat
sampai matahari terbit dan tidak bercakap atau melakukan hal-hal yang
tidak termasuk zikir kecuali kalau wuduknya batal, maka dia boleh keluar
masjid untuk berwuduk dan akan kembali ke masjid..
- Maksud “berzikir kepada Allah” dalam hadis ini adalah umum, termasuk membaca al-Quran, membaca zikir di waktu pagi, mahupun zikir-zikir lain yang disyariatkan..
- Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’, pengulangan kata “sempurna” dalam hadis ini adalah sebagai penguat dan penegas, dan bukan bererti mendapat tiga kali pahala haji dan umrah..
- Makna “mendapatkan (pahala) seperti pahala haji dan umrah” adalah
hanya dalam pahala dan balasan, dan bukan bererti orang yang telah
melakukannya tidak wajib lagi untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah
jika dia mampu.
Waktu Solat Sunat Isyraq
.
Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini
dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran
setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12
minit setelah terbit matahari.
.
Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak
waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya ia tidak menyamai orang
yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan
sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
.
Dari Abdullah bin ‘Umar r.a.,katanya Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda: “Waktu
Subuh adalah sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabila
matahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk
syaitan.” (Hadis Riwayat, Muslim r.a.)
.
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah
sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah
Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha. Oleh
itu wajarlah seseorang itu berikhtikaf sebentar selepas solat jemaah
Subuh dengan berzikir dan membaca al-Quran sementara menunggu tibanya
waktu Isyraq agar tidak terlepas memperolehi fadhilat besarnya.
Cara Melakukan Solat Isyraq
.
1. Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:
.
2. Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
.
3. Lafaz niatnya:-
“Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
.
4. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama, bacalah Al-A’la.
Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.
Atau;
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.
Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.
Content yg terbaik tentang fadilat melakukan perkara perkara sunat untuk menambahkan ilmu atas ibadah yg kita lakukan.
ReplyDeleteassalamualaikum. Pemilik blogger yang baik hati. Saya meminta izin untuk mengambil hadith yang dikemukakan di atas. mohon halalkan. Teruskan memberi manfaat kepada manusia. terima kasih
ReplyDeleteassalamualaikum. Pemilik blogger yang baik hati. Saya meminta izin untuk mengambil hadith yang dikemukakan di atas. mohon halalkan. Teruskan memberi manfaat kepada manusia. terima kasih
ReplyDelete